The Joomla! Community Magazine™

Anugerah Open Source: Undilah Joomla!

Written by | Thursday, 09 September 2010 08:27 | Published in 2010 September
Anugerah Open Source adalah berusia sama seperti Joomla!. Acara ini diadakan oleh Packt Publishing untuk membezakan keunggulan antara projek-projek Open Source. Sebelumnya ini dikenali sebagai Anugerah Open Source CMS, tapi sekarang mempunyai skop yang lebih luas bagi projek Open Source. <br>
Sejarah

Tahun lalu Wordpress memenangi hadiah, tapi anda harus mempertimbangkan, bahawa sejak tahun 2008 pemenang tahun sebelum itu tidak dibenarkan untuk menyertai persaingan. Itu mungkin dilakukan, untuk mengelakkan pemenang yang smaa pada setiap tahun.

Ketika persaingan bermula pada tahun 2006, Joomla! adalah pemenang dan kedua Drupal. Pada tahun 2007 pula sebaliknya. Sejak 2008 Drupal dan Joomla! bersaing untuk anugerah Hall of Fame CMS. Dalam dua tahun Drupal mengakhiri sebagai johan dan Joomla! berada di tempat kedua. Undian anda yang menentukannya. Terdapat 6 kategori. Untuk Joomla! kategori Hall of Fame menjadi pilihan di mana anda boleh membalas budi Joomla. Dua undian bagi satu kategori

Anda boleh memilih dua kali: di pusingan pertama, yang berakhir pada tarikh 17 September, anda boleh mencadangkan projek Open Source kegemaran anda di setiap kategori untuk maju ke tahap akhir pemilihan. Lima projek dengan pencalonan yang tinggi dalam setiap kategori akan maju ke pusingan kedua itu. Pungutan suara akhir akan bermula pada tarikh 27 September. Undian akan ditutup pada tarikh 5 November dengan pengumuman pemenang pada tarikh 15 November.

Anugerah 2010 telah diperuntukkan dana hadiah sebesar $ 24.000 dengan beberapa kategori yang baru diperkenalkan. Sementara kategori Open Source CMS Award akan terus mengiktiraf sistem pengurusan kandungan yang terbaik, Packt memperkenalkan kategori Paling Menjanjikan untuk Open Source Project, Open Source Aplikasi E-Commerce, Open Source JavaScript Library dan Open Source Perisian Grafik. CMS yang memenangi CMS Award Secara keseluruhan pada tahun-tahun sebelumnya akan terus bersaing antara satu sama lain dalam kategori Hall of Fame CMS.

Kategori-kategori baru akan memastikan bahawa Open Source Awards adalah platform utama untuk mengenali keunggulan dalam masyarakat sementara menyokong projek-projek baru dan lama.

Undilah Joomla Sekarang!
Read 13214 times
Tagged under Malay
Sam Suresh

Sam Suresh

Founder of MU DOT MY and Komuniti Joomla Malaysia

Language Switcher

Current Articles

JCM international articles

Grab the Joomla! Community Banners! Spread the word!

Recommend us on Google+